ABOUT ENTRY DE AMOR TWITER
Friends
Sunday, December 29, 2013 • 4:25 AM • 0 comments
Lagi beberapa hai je lagi nak masuk sekolah balik. Orang lain semua tak sabar nak sekolah, padahal aku masih malas nak sekolah. Padahal tahun tahun lepas aku rajin je nak masuk sekolah ni, aku paling excited. Tapi kali ni aku TAK! Sebab kawan lah aku dah malas nak masuk sekolah. Ini disebabkan kawan kawan aku tak jumpa sepanjang cuti bukan sahaja tak jumpa, tak contact pun doh. Kau rasa apa? 
(seronok je ada kawan lompat lompat camni, hahaha)

Diaorang contact bila urgent or diaorang dalam kesusahan je. Macam kawan aku sorang ni, dia lah yang first sekali taknak cakap dengan aku masa sekolah dulu. Tetiba masa cuti harituh text aku cakap
 "Qiy, aku nak mintak tolong ambik aku balik kerja"
Adalah dalam 234 kali jugak lah dia mintak tolong macam ni, aku tolong jelah kan. Dah kawan mintak tolong takkan aku taknak tolong pulak. Lama lama aku fikir macam aku "dipergunakan" sebab apa? Sebab dia mintak tolong bila "perlu". selama cuti ni dia takada lah text ajak lepak or call ajak lepak. Aku memanjang lalu dekat pekan gopeng, aku nampak je diaorang lepak tanpa aku. Aku memang terasa sikit lah kan. Piqah yang jauh pun boleh datang, aku yang sejangkal ni diaorang tak boleh nak ajak? Why?

Aku selalu tertanya tanya
"Aku ada buat salah ke? Kenape diaorang taknak cakap dengan aku? Kenape diaorang taknak ajak aku? Kenape?"
Kawan yang 4 nak masuk 5 tahun aku kenal abaikan aku? Wow! Korang lebih suka kawan dengan orang baru dari aku. Korang abaikan aku, aku terasa terabai gila kau tahu, aku tak dapat nak cakap dengan korang apa yang aku rasa. Aku diam je. Kalau aku cakap aku tahu korang akan marah dekat aku. Dan aku taknak kecilkan hati korang. Banyak kali syed suruh aku tegur diaaorang. Masalahnya aku tak boleh. Aku tak boleh nak sakitkan hati kawan kawan aku. Aku kena jaga hati diaorang. Aku ambik berat pasal korang. Korang? Ada kisah pasal aku? Memang nampak aku meraih simpati korang. Memang pun. Siapa tak terasa kalau macam tuh. Haihh

Apa apa pun aktiviti korang cuti ni, apa korang buat cuti ni, aku harap korang enjoy sepanjang cuti ni ye? Untungnya diaorang bercuti. Sedangkan aku duduk rumah takada buat apa. Hahaha. Okay guys. Bye! Assalamualaikum..


PASTFUTURE
MY WORDS;
I'm Capricon. Hehehe. Do pray for my excellence in SPM peeps! Good result, isyallah.. amin ya rabbal' alamin.

GIVE ME YOUR WORDS;

Tak tahu kenape tak boleh nak letak chatbox. Herr.

OTHERS;


FOLLOW DASHBOARD




  • Love
  • Kenduri Kendara
  • 1 Tahun